Wednesday, July 4, 2018

PANJAT GUNUNG KINABALU STORI APRIL 2018

Hi,

Assalamualaikum wbt

Setelah bertahun tahun tidak menulis di blog, akhirnya, muncul juga.
Blog ini hanyalah untuk memori dan pembacaan peribadi di usia tua saya, tidak ada motif lain sebenarnya. just my simple thought and memori yg saya taknak lupakan.

i'm a very simple girl, unorganized and just do what i wanna do just like that. Takde perancangan punya orang, redah je...

Tapi, masih ada beberapa perkara yang saya titikberatkan perancangannya. Termasuklah trip pendakian ke Gunung Kinabalu ini..

Banyak ya onak dan duri, hampir terlupa sebab dah 4 bulan berlalu sejak pendakian ke Gunung Kinabalu tu.. saya mendaki pada 12 April HINGGA 16 April 2018. my most historic event in my life.

mmg nak repeat lagi lain kali.. rindu..
Ex housemate akan pergi minggu depan, jadi bnyak yang dia tanya, so rasa terpanggil untuk share pengalaman mendaki Gunung Kinabalu ni.

Kami mulakan perjalanan ke Kota Kinabalu dari KLIA menaiki pesawat Malindo Air OD1008, Harga tiket waktu tu dalam rm139 sehala. Ini tiket flightnya, 12hb April jam 7.55 pagi.

Kami bertolak 6 org dari KLIA, Aku, azie, abg sharip, k.ana, abg paying, abg paan.


Dlm pukul 11 camtu sampi KK, ambik keta, pergi lunch, pergi desa Dairy farm tgk lembu, pergi pasar malam makan satey,  pastu terus ke Mile 36 Lodge kt kundasang, dinner, sembang2 taklimat, kemas barang2, apai tolong kemaskan :) dan tidur. Cuaca mmg sgtlah sejuk ya ampun..


The next day, 13 April 2018 ( Jumaat)
Jam 8 pagi dah check out, makan nasi goreng, pergi register di kinabalu park, gambar2, bagi barang kt porter/guide, jam 9.30 pagi dah start hiking,

Sepanjang perjalanan Alhamdulillah okey,

Jam 3.00 dah sampai Laban Rata. Penat, cuma exsited dh berjaya habiskan separuh perjalanan, view cantik,terus semua penat hilang.

Abg sharip, abg paan, dgn Abg Khai paling awal sampai, pkul 12.30 kot diorng dh smpai,
Diikuti kak melah, kak shima,  kak mass dan abg adib.. k.ila... pastu bru aku sampai..

Azie sampai lambat sikit sbb sakit kaki,. aku tunggu ja kt laban rata sampai beku sbb baju semua kt porter lagi.. pukul 4 baru boleh start dinner kt laban rata sampai kul 7,  kitorang ambik gambar pelangi dan seronok sangat masa tu sbb semua org berjaya sampai dengan jayanya. '



The next day , 14 april 2018 (sabtu)
Jam 1.30am dah siap bangun semua, 2.00a.m breakfest/supper.
2.30 am start summit peak.

Ada kejadian yg takkan aku lupakan time tu, headlamp xnak menyala. Punyala sejuk smpi bateri pon beku.. dh giveup dah sbb semua org dh jalan ke depan, aku sorang ja kt belakang, pastu dah panik, menangis jela mampu.. sambil jalan slow2, bagi headlamp kt guide suh dia tgkkan, ak jalan terus je ke depan, nmpak je sbb semua org pakai lampu.. tp quite bahaya sbnrnya.. sbb curam dan gelap..
pastu tiba2.. guide kt blkang ckp lampu dh okey, dh boleh guna.. i is terus happy dan terus ja naik peak tanpa toleh ke belakang lagi...  malu jugak sbnrnya time tu.. apooo la... careless sbb tak check betul2.. nasib ada backup torchlite pegang... tp time panic mna la nk ingat... jadi, moral of the story, sblm hike, check dulu betul2 semua benda berfungsi... in my case. dh la nubis, nervous, gugup,, semua perasaan muncul time tu.. nasib baik Allah permudahkan.. Alhamdulillah berjaya sampai sayat sayat hut sebelum jam 5am. Aku sampai dlam pukul 4.45 mcm tu dengan k.ila... lepas dri situ, ak dh tak tunggu k.ila sbb sejuk sgt dah.. memamg terpaksa tinggalkan k.ila dengan abg adib sbb cuaca sejuk dan tak boleh berhenti lama.. nnti badan jadi sejuk akan cepat cram, jadi, i just keep walking dan akhirnya sampai la ke peak sebelum subuh habis. memang best. tgk sunrise kt peak. lupa nk ambik gambar dan tangan ketar sejuk xboleh nk buka glove. ni la sunrise waktu aku samapi kt peak, masih gelap lagi.. bila semua dah sampai, bru ak berani bukak glove untuk bergambar.





suasana kt peak mmg best, sgt menghibakan, ramai yg terharu dapat jugak sampai.

sirius rasa tak percaya.
But i did it. yey!!

and sejukk2 tu sempat ambik pen dan tulis my pembakar semangat, sep2 anak ibrahim.. yey.. seronok sgt..

lepas puas bergambar samapi pukul 7, semua dah kena paksa turun sbb kena check out hostel kt laban rata tu jam 10 am..

kitorang turun slow2 je....  dengan harapan dapat sambung tidur lagi kt hostel sebelum betul2 turun ke bawah..




ni makanan sejurus turun dari puncak.... sejuk sgt dan muka badan semua jadi mengembang dengan jayanya semasa di puncak kinabalu.. i just dont know why..


the rest is history,

Alhamdulillah semua berjaya menmatkan misi kinabalu ni sebelum jam 4.00pm .. semua dan smaapi bawah sbb dh kena pulangkan kereta dan guide kena extra charge klu lewat sampai..

Jadi mission accomplish.

memang cerita kali ni tak lengkap sngt, tapi cukuplah mana yg sempat untuk diingati sebagai kenangan manis dalam hidup hamba. Alhamdulillah, pada usia 25 tahun, saya berjaya mendaki Gunung Kinabalu yang saya tak pernah bayangkan akan saya berjaya lakukan. Betullah orang kata, tak cuba, tak tahu..

Yey!!

KESIMPULAN / ITENARI
Trip kinabalu stori

Day 1 Trip Daki Kinabalu (12/4/2018)

7.15am. = Flight dari KUL- BKI
10.45am = Sampai Kota Kinabalu Airport
12.30am = Berkumpul ambik kereta
1.46pm = Lunch kt Asiajaya, Karamunsing.
4.00pm= Bersiar-siar di Desa Dairy Farm, Kundasang
6.00pm= G night Market di Kundasang
7.00pm= Dinner
8.00pm= packing barang dan tidur.




Day 2 (13/4/2018)
9.00am= start mendaki
2.00pm= lunch di layang2 hut.
3.30pm= sampai laban rata
8.00pm= tidur kt Lemaing Hut.

Day 3 - summit attack Mt Kinabalu (14/4/2018)
2.00am= breakfest/supper di laban rata
3.00am= start hiking
4.45am= sampai sayat2 (cut off time pukul 5am)
5.45am= sampai peak (tgk sunrise, masyaAllah cantik)
7.00am= start turun ke laban rata
8.00am = sampai sayat2 kembali
9.00am = sampai laban rata balik
10.00am= start turun ke timpohon gate
3.00pm = sampai timpohon gate. (cut off time pukul 4pm)
4.00pm= rileks2 chill2 exsited dpt sijil.. Senyum smpi telinga sbb dh tawan kinabalu.. Yihaaa.. Hip hip hooreyy... !!

 Done.

Till next time~!